Saturday, January 15, 2011

Krisis Ekonomi Dunia 2008 (Terjemahan Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Selawat dan salam yang kekal seiringan ku tiupkan buat baginda Nabi Muhammad S.A.W penghulu para Rasul.

Penulisan kali ini khas buat rakan-rakan tahun 4 yang dikasihi, ia hanyalah merupakan ulasan daripada pengajian madah Qadaya Muasirah yang disampaikan oleh Dr Fariid, ana juga menyertakan terjemahan nota qadaya muasirah, yang akan disiarkan didalam blog afkar87.blogspot.com ini setiap pagi Ahad dengan izin Allah S.W.T. Mungkin ini merupakan usaha kerdil terakhir daripada ana untuk sahabat-sahabat sekalian.

Sebelum memulakan ulasan serta terjemahan nota madah Qadaya Muasirah, ana akan terangkan susun atur penulisan ana.

1 ) ana akan memberi makna/ takrifan kalimah-kalimah ataupun istilah-istilah yang agak sukar difahami dalam nota Qadaya Muasirah ini. Kerana istilah-istilah arab yang berkaitan dengan ekonomi ini sukar difahami.

2) Ana akan mengulas segala kata-kata DR didalam kelas agar tajuk krisis ekonomi ini lebih mudah difahami. Dgn erti kata lain, ana akan cerita semula dalam bahasa melayu semua kata-kata DR dalam kelas yang tidak terkandung didalam buku. Mungkin juga ana akan tambah sedikit pengetahuan ana tentang tajuk ini sekiranya perlu agar lebih mudah difahami.

3) Ana akan publishkan terjemahan nota @ buku Qadaya Muasirah setiap minggu sekadar apa yang diajarkan DR dalam minggu tersebut untuk bacaan sahabat-sahabat sekalian, namun terjemahan yg ana lakukan adalah terjemahan berdasarkan kefahaman ayat bukannya terjemahan setiap satu kalimah. Sahabat-sahabat sekalian bebas samada nak baca terus dalam blog ini ataupun nak print atau nak copy @ paste@ nak share ataupun nak sebarkan pada orang lain atau dalam blog2 sahabat sekalian. Tak perlu minta izin.

-(Tolong sebar-sebarkan pada rakan-rakan Thailand , Kemboja dan lain-lain sekiranya mereka memerlukan)

-Apa-apa soalan sekiranya tidak faham silalah klik ruang komen dan tuliskan soalan anda serta apa-apa cadangan.


-Sabahatmu, Afkar-

.......................................................................................................................................................................

Istilah2 dan kalimah2 yang perlu difahamkan :

1)Krisis@musibah ekonomi الأزمة:


2)Pasaran saham dan keewangan ( pasaran tempat aktiviti pelaburan dan perniagaan yang berkaitan dengan keewangan : لسوق المال


3)Lehman Brothers (sebuah bank dan institusi keewangan gergasi di Amerika yang diasaskan oleh orang yahudi) , banyak bank2 lain begantung padanya بنك ليمان براذرز :
4)Golongan peniaga dan pelabur الطبقة التجارية (البرجوازية) :
5)Sistem kapitalis (sistem ekonomi barat yang mempercayai falsafah 'pasaran bebas' dan menghalalkan segala cara demi untuk sesiapa sahaja yang ingin mengaut keuntungan.)
الرأسمالي:

6) pemikiran / sistem liberal, lebih kurang sama makna dgn kapitalis الليبرالية:

7) Globalisasi العولمة

8) Pasaran bebas/ ekonomi bebas (sebuah pasaran saham dan keewangan serta perniagaan yang bebas secara mutlak daripada cengkaman kerajaan, seolah-olah semuanya adalah swasta tanpa terikat dengan mana-mana polisi yang ditentukan kerajaan)
الاقتصاد الحر@ حرية السوق:

9) hutang pinjaman perumahan : الرهن العقاري


10) 'kemelesetan agung' yang melanda amerika beberapa dekad yang lepas
: الكساد العظيم
11) Wall Street adalah kawasan pasaran saham dan keewangan terbeesar di amerika syarikat
وول ستريت:
........................................................................................................................................................................

Ulasan :

Sahabat-sahabat yang dikasihi, kali ini madah Qadaya Muasirah menampilkan tajuk krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008. Seperti yang ana telah katakan, sebelum membaca terjemahan nota yang ana akan letakkan selepas ulasan ini, adalah baik sahabat2 membaca sedikit penerangan DR yang ana ringkaskan disini :

Krisis ekonomi ini berlaku ketika Bank-bank dan institusi keewangan di Amerika Syarikat mengalami kerugian besar akibat 'hutang pinjaman perumahan' yang gagal dibayar semula oleh peminjam2 dari kalangan rakyat yang berpendapatan rendah.

Bank-bank di US amat tamak, mereka memberi pinjaman untuk golongan berpendapatan rendah yang ingin membeli rumah dengan mengenakan kadar faedah ataupun riba yang tinggi. Jadi bila terlalu ramai golongan berpendapatan rendah yang telah meminjam dan tak mampu untuk membayar semula bank-bank dan institusi keewangan tersebut mengalami kerugian kerana tidak dapat pulangan hutang dgn kadar faedah yang diimpikan.

Pada pandangan Islam kerugian besar dan musibah ini tidak pelik kerana sememangnya Allah s.w.t telah mengancam para penggiat amalan riba dengan kehancuran. -rujuk ayat2 alquran berkaitan riba-.

Namun sebenarnya , masalah hutang pinjaman perumahan yang kononnya merupakan punca krisis ekonomi ini hanyalah masalah sampingan. Sebaliknya seperti yang kita akan baca didalam nota Qadaya sebentar lagi, sebenarnya punca utama krisis terbesar ini adalah sistem ekonomi kapitalis dan pemikiran liberal yang diamalkan oleh dunia barat.

Sistem ekonomi kapitalis ataupun sistem liberal yang dipegang oleh Amerika Syarikat dan negara barat merupakan sistem yang pincang dan penuh kelemahan. Untuk memahami sistem liberal ini ada baik nya kita lihat secara ringkas sistem ekonomi Islam.

Sistem ekonomi Islam merupakan sistem yang berpandukan al-quran dan alsunnah, ianya berpaksikan keadilan mutlak dan keseimbangan dalam ekonomi. Pasaran saham , keewangan dan segala jenis perniagaan dalam sistem Islam terikat dengan syariat Islamiyyah. Dalam sistem Islam kerajaan Islam perlulah sentiasa mengawasi perjalanan pasaran saham dan keewangan serta perniagaan yang dijalankan agar jauh dari muamalat-muamalat haram seperti riba, arak, judi, penipuan dan lain-lain. Malah kerajaan bertanggungjawab menyusun atur pasaran dan membuat pengagihan ekonomi yang seimbang demi menjaga kemaslahatan rakyat.

Sistem ekonomi Liberal @ kapitalis ini pula, berdiri diatas falsafah ''pasaran bebas" yang membawa makna , semua pelabur2 , bank2 , syarikat2 perniagaan, syarikat insuran, institusi2 keewangan adalah bebas melakukan apa sahaja usaha, bebas meniagakan apa saja barangan demi untuk mendapat keuntungan. Kerajaan adalah haram sama sekali campur tangan dalam 'pasaran saham dan keewangan'. Mereka percaya , pasaran saham dan keewangan harus dibiarkan bebas secara mutlak tanpa apa-apa pengawasan. Mereka juga percaya bahawa akan ada 'tangan ajaib' yang akan menyusun dan menjaga pasaran bebas tersebut.

Jadi, atas pemikiran ini, mereka pun menjalankan segala jenis muamalat tak kira halal haram seperti riba, judi, pelacuran, industri arak, industri porno, dan segala janis transaksi mudarat seperti spekulasi jualan matawang, monopoli, ihtikar (menyimpan barang2 asasi agar harga naik) dan sebagainya. Malah pinjaman secara riba yang sangat tinggi menjadi tunjang pasaran mereka.

Dalam nota @buku Qadaya yang sedang kita pelajari, ia cuba mengetengahkan penulisan-penulisan beberapa orang tokoh ekonomi tentang krisis ekonomi ini. Nota pertama dibawah merupakan pengajian minggu lepas, yang merupakan artikel yang ditulis oleh Abdu Rahim bin Somayil As-salmi. Beliau cuba menggambarkan secara ringkas tentang pemikiran liberal dalam sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan krisis ekonomi ini berlaku. Nota ini diterjemahkan sekadar apa yang telah DR ajar minggu lalu, dan setiap minggu setakat mana yang Dr ajarkan, ana akan terjemahkan dan update dalam blog ini setiap pagi hari Ahad.
.......................................................................................................................................................................

Terjemahan nota minggu 1 :



الدلالات الفكرية للأزمة الماليّة العالمية

Faktor-faktor krisis ekonomi dunia 2008
13-10-2008
عبدالرحيم بن صمايل السلمي

Oleh : Abdurrahim bin Somayil as-salmi


يُعدّ الانهيار الاقتصادي لسوق المال الأمريكي من أكبر الانهيارات الاقتصادية في تاريخ الاقتصاد

Kejatuhan ekonomi di pasaran keewangan Amerika Syarikat merupakan kejatuhan yang terbesar dalam sejarah ekonomi dunia barat.

الغربي المعاصر، فقد أفلست أكبر البنوك الأمريكية مثل بنك ليمان براذرز الاستثماري في 15/9/ 2008, وخلّفت وراءها دماراً هائلاً لا تزال تداعياته مستمرة إلى الآن.

Bank-bank gergasi di Amerika Syarikat telah muflis seperti bank pelaburan Lehman Brothers pada 9/15/2008 dan ia meninggalkan kesan buruk dan kehancuran yang besar yang masih berterusan sehingga sekarang.

وفي هذا المقال لست معنياً بتتبع توصيفات الأزمة، والتحليلات الاقتصادية المهنيّة المرتبطة بها، ولكنني سوف أشير إلى بعض الدلالات الفكرية في هذه الأزمة، والتي سيكون لها آثار كبيرة على صعيد الفكر الاقتصادي العالمي.

Di dalam artikel ini bukanlah niat saya untuk menjelaskan secara terperinci tentang ciri-ciri musibah ekonomi yang melanda ataupun menjelaskan cara penyelesaian krisis ekonomi ini secara teknikal, tetapi saya hanya akan member sedikit gambaran faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi ini yang akan member impak besar kepada puncak sistem ekonomi dunia pada masa kini. .
والراصد لتاريخ الفكر الغربي المعاصر يجد أن الاضطرابات وردود الأفعال والانكسارات الحادة من أبرز سماته وتطبيقاته، فهو يتغير ويتقلب حسب تقلبات السوق، وهذا يؤكد الارتباط التاريخي بين الطبقة التجارية (البرجوازية) والفكر الليبرالي الذي أسس للنظام الرأسمالي المعاصر.

Bagi sesiapa yang memerhati sejarah pemikiran ekonomi barat yang moden, dia akan mendapati bahawa kekalutan dan kehancuran ekonomi yang merbahaya merupakan perkara lumrah yang selalu terjadi, prestasi ekonomi barat bertukar-tukar mengikut prestasi pasaran saham dan keewangan, kerana ekonomi mereka adalah berlandaskan falsafah pemikiran liberal yang merupakan asas ekonomi kapitalis. .
سقوط الليبرالية الجديدة ووهم العولمة

Kejatuhan sistem Liberal Moden dan Mitos Globalisasi
اعتمد الفكر الاقتصادي الغربي بعد الثورات الكبرى -التي أسقطت الاقطاع- على النظام الرأسمالي، وهو نظام الاقتصاد الحر، ويقوم هذا النظام على "الليبرالية" كقاعدة فلسفية وفكر مؤسس يبرر له كافة تصرفاته.

Falsafah ekonomi dunia barat bergantung kepada sistem kapitalis, kapitalis ialah sistem ekonomi bebas. Sistem bebas inilah yang dinamakan ‘Liberal’ ia menjadi pegangan asas mereka. (sebuah sistem pasaran yang sgt bebas tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan, peniaga dan pelabur bebas menjalankan apa sahaja aktiviti untuk mengaut keuntungan tanpa mengira maslahat dan mudarat).
وترى "الليبرالية الاقتصادية" ضرورة حرية السوق وعدم التدخل فيه بأي شكل من الأشكال، وأن الدولة يجب أن تكون "محايدة" و"محدودة" في التعامل مع الأسواق، والعمل بقاعدة "دعه يعمل، دعه يمر"، وأن في السوق "قوّة خفيّة" أو "يداً خفيّة" -كما يرى آدم سميث- قادرة على تنظيم السوق ذاتياً دون أدنى تدخل من الدولة.

Kamu boleh lihat didunia barat, ‘ekonomi bebas/liberal ini merupakan pegangan utama ekonomi mereka dan tiada apa-apa sekatan sama sekali yang boleh menyekat kebebasan mutlak ini. Kerajaan pula dilarang masuk campur dalam menentukan urusan ekonomi dan pasaran perniagaan kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan mutlak ekonomi yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan keuntungan. Dengan slogan ‘biarkan dia bebas bekerja, biarkan dia bebas berjalan’, dan kepercayaan kepada ‘tangan ajaib’ (seperti yang dikatakan Adam Smith) yang akan memimpin sendiri pasaran keewangan mereka tanpa memerlukan apa-apa campur tangan daripada kerajaan.

وهذا التصور الليبرالي الخيالي لم يطبق بصورته الكاملة لأنه غير قابل للتطبيق، وقد كان أقوى صعود لهذا الفكر الحدي في القرن التاسع عشر, فكانت نتائجه كارثية في النصف الأول من القرن العشرين حيث وقع الكساد العظيم (1929م)(1)، ووقعت الحرب العالمية الأولى والثانية.

Khayalan pemikiran Liberal ini sememangnya tidak pernah dapat dilaksanakan dgn sepenuhnya kerana teori ekonomi Liberal ini sememangnya tidak realistik dan praktikal. Pada kurun ke 19 pemikiran ini telah berkembang luas dan akhirnya mendatangkan natijah-natijah buruk pada pertengahan awal kurun ke 20 dan mereka dilanda ‘Kemelesetan Agung’ pada tahun 1929 yang terjadi antara perang dunia 1 dan 2
ثم حصل تحول فكري في الفكر الليبرالي الرأسمالي على يد المفكر الاقتصادي جون ماينارد كينز(2), قَلبَ الفكرة القائلة بأن كثرة العرض تولد كثرة الطلب وهي المعروفة (بقانون ساي للأسواق), فقال: بأن تدخل الدولة ضروري جداً لحفز الاقتصاد من خلال الدعم الاجتماعي للناس، وهذا

Beberapa masa kemudian, pemikiran Liberal kapitalis berubah dan ianya dipelopori oleh John Kenz, dengan fikrahnya yang mengatakan ‘produksi yang tinggi akan melahirkan permintaan (belian) yang tinggi’, dia akhirnya berkata : “campur tangan kerajaan sangat penting untuk menjag ekonomi yang seimbang buat manusia” , بدوره سيولد كثرة الطلب، بالإضافة إلى تنظيم الاقتصاد والسعي إلى مايسمى "بدولة الرفاة"،وهذا التحول لم يدم طويلاً فقد صعدت الليبرالية مرة أخرى في أواخر السبعينات من خلال "مدرسة شيكاغو"(3), والتي تسمى "الليبرالية الجديدة"، وهكذا أقنع علماء الاقتصاد في شيكاغو زعماء أكبر الدول الصناعية بتبني النظرية الليبرالية المتوحشة، فتبنتها بريطانيا (التاتشرية)، وأمريكا (الريجانية).

“Dengan cara ini kita dapat melahirkan permintaan/belian yang tinggi , dan dapat menyusun atur ekonomi serta dapat melahirkan ‘negara berpendapatan tinggi’,” Malangnya, pemikiran ini tidak dapat bertahan lama kerana pemikiran Liberal yang dibawa Adam Smith sekali lagi muncul diakhir tahun 70an melalui School of Chicago dan kali ini ia dinamakan Liberal Baru/Moden. Ini memnyebabkan pakar-pakar ekonomi dan pemimpin-pemimpin Negara moden memilih untuk mengambil semula pemikiran Liberal Kapitalis yang liar ini lebih-lebih lagi Amerika dan Britain. .
وهذه الكوارث على الصعيد الفكري ليست نتيجة أزمة الرهن العقاري؛ بل هي ممتدة إلى ما قبل ذلك وإلى السبعينات تحديداً عند صعود نجم الليبرالية من جديد.
ومع أن الفترة من السبعينات إلى الآن مرت بكوارث وانهيارات مثل "أزمة النمور الآسيوية"، و"أزمة المكسيك" وغيرها إلاّ أن هذه الأزمة هي الأكبر والأشمل.

Jadi pada zaman kini bencana-bencana ekonomi yang menimpa bukanlah berpunca daripada “hutang perumahan” sepertimana yang didakwa oleh dunia barat, tetapi ianya berpunca daripada pemikiran Liberal Moden. Kerana bencana ekonomi yang teruk sebegini bukan saja dialami sekarang tetapi sejak zaman 70 an sepertimana bencana ekonomi asia dan bencana-bencana lain sehingga lah hari ini, membuktikan masalah sebenar berpunca daripada pemikiran Liberal dan Kapitalis barat.
ودلالة سقوط الليبرالية الجديدة في هذه الأزمة, مأخوذة من كذب دعوى أن السوق ينظم نفسه بنفسه، فأين "اليد الخفية" التي زعمها آدم سميث عن "وول ستريت" لتنظيمه والمحافظة عليه من الانهيار؟

Jadi, sebenarnya, faktor-faktor kejatuhan sistem ekonomi Liberal Moden ini adalah kerana ‘kpercayaan karut yang mengatakan bahawa pasaran keewangan dan perniagaan harus ‘bebas’ mengatur dirinya sendiri’. Jadi, sekarang dimana tangan ajaib yang kononnya akan memimpin dan menjaga pasaran bebas mereka?
وكذلك فإن تسليم ملف سوق المال للشرطة الفيدرالية (FBI), يدل على أن سوق المال تحول إلى منطقة أمنية خطرة ممتلئة بالعصابات والمجرمين والوحوش العابثة، وهي بذلك تجاوزت تحريم الليبرالية

Begitu juga kalau dilihat semula, kerajaan Amerika juga akhirnya campur tangan dengan meletakkan kuasa pasaran keewangan Negara tersebut dibawah pengawasan FBI (Pasukan Polis Khas) , ini menunjukkan pasaran bebas mereka sebenarnya penuh dengan musibah , jenayah dan ancaman.

لتنظيم الاقتصاد إلى إدخال الاقتصاد مخافر الشرطة للتحقيق الجنائي معه, وهذا بلا ريب يصفي الوجود الفكري لليبرالية بالكامل، ويدل على المخاطر الكبرى من إهمال الأسواق دون رقابة.

Jadi campur tangan ini sebenarnya telah menafikan falsafah Liberal yang dipegang oleh mereka sendiri dan menunjukkan kebebasan mutlak pasaran tanpa kawalan hanya akan mendatangkan bahaya yang besar.
والفكر الغربي -البعيد عن الهدي الرباني- لا يعرف إلاّ فتح الأسواق لكل أنواع المعاملات المحرمة, أو التدخل الظالم في السوق ومنع الناس من العمل في أموالهم، وكبت حرياتهم، فهو لم يعرف المنهج

Dan jelas sekali pemikiran barat yang jauh dari petunjuk ilahi itu membuka pasaran bebas untuk dipenuhi oleh semua jenis muamalat-muamalat yang haram dan transaksi yang zalim serta menghalang manusia daripada mendapatkan harta secara adil dan sistem ini tidak mengenali

العادل الذي جاء به الإسلام، المتمثل في أن الأصل حرية التعامل في حدود المشروع، ومنع كافة أشكال الظلم والاحتيال والعبث بالسوق, مع الرقابة على السوق لإيقاف كافة التجاوزات غير الشرعية وغير الأخلاقية.

Keadilan yang dibawa oleh Islam yang mengajar kita bahawa ‘asal segala muamalat adalah harus dan bebas mengikut had-had yang telah ditentukan syara’ dan sistem Islam mengajar segala jenis kezaliman penipuan dan perkara sia-sia dalam perniagaan dan pasaran. Islam juga mengajar perlu ada campur tangan ‘riqabah’ untuk mengawasi perkara-perkara yang melanggar batas syariah dan akhlak dipasaran.

وهذه الأزمة تدل بوضوح على أن الأسواق إذا تركت انقلبت إلى غابة متوحشة يأكل فيها القوي الضعيف، ولهذا تفتقت الذهنية الرأسمالية عن حزمة من المعاملات الغريبة والمعقّدة كانت نتيجتها السقوط والانهيار.

Jadi, krisis ekonomi yang melanda kali ini menunjukkan dgn jelas bahawa pasaran saham dan keewangan sekiranya ditinggalkan (bebas secara mutlak) ianya akan bertukar menjadi hutan yang dipenuhi binatang liar, maka yang kaya akan makan yang miskin, kerana itulah muamalat-muamalat pelik dan bahaya yang lahir daripada pemikiran Kapitalis ini akhirnya menyebabkan kejatuhan dan kehancuran
ومن الغريب أن بعض دعاة الليبرالية الجديدة لا زال يدافع عن فاعلية اقتصاد السوق الحر, ويعتذر عن هذه الانهيارات، ويطالب بالحذر من التدخل في الأسواق، وترك المجال لآليات السوق لتؤدي

Tetapi pelik sekali masih ada lagi pelopor-pelopor pemikiran ekonomi Liberal Moden ini yang masih tidak putus asa mempertahankan kebolehan ‘pasaran bebas’ , dan mereka masih meminta agar tiada campur tangan dalam pasaran saham dan keewangan dan biarkan pasaran itu bebas dan menyusun dirinya sendiri!!! (idea ‘tangan ghaib’)

دورها!!(4)، والأغرب منه دفاع بعض دعاة التغريب في بلاد المسلمين عن الرأسمالية, والمطالبة مع هذه الأزمات بتطبيق نموذج للاقتصاد الحر بصورته الغربية!!

Dan yang lebih pelik adalah, terdapat juga suara-suara dalam Negara Islam yang mengajak untuk mengikuti sistem ini semula sistem ini , entah kenapa mereka tetap mengajak untuk mempraktikkan sistem pasaran bebas (Liberal) ini sedangkan sistem ini telahpun mendatangkan musibah besar!!

0 comments:

Post a Comment