Saturday, January 15, 2011

Silibus Metodologi Penyelidikan

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
________________________________

Kod Kursus: UBE4012

Kursus:         Metodologi Penyelidikan

Prasyarat:    Tiada


1.0        OBJEKTIF

Di akhir kursus, pelajar dapat:

  1. Memahami konsep-konsep asas dalam penyelidikan
  2. Menginterpretasi data
  3. Menganalisa secara kritikal dan menginterpretasi kajian


2.0        HASIL PEMBELAJARAN:

  1. Mengenalpasti beberapa paradigma kajian samada berbentuk kuantitatif atau kualititaif.
  2. Memahami konsep kebolehpercayaan, kesahan dan kebarangkalian.
  3. Menggunakan kaedah dan mentafsir output statistik dalam bidang masing-masing.
  4. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan laporan penyelidikan serta berupaya memberi komen yang membina.

3.0        RUJUKAN

Sumber rujukan utama

Babbie, Earl ( 2004). The Practice of Social Research, 10th edition .
     Singapore :ThomsonLearning.
Hair, J.F., Money ,A.H., Samouel , P.& Page, M.(2007). Research Methods
     for Business . Singapore: John Wiley & Sons Asia Pte. Ltd.
Veal , A.J. (2005). Business Research Methods : A Managerial Approach ,
2nd  edition .    NSW : Pearson Education Australia.
Kerlinger, F.N. (1973). Foundation of behavioral research. New York:
Holt, Rinehart and Winston, Inc.
McMillan, J.H., & Schumacher, S. (2001). Research in education: A
conceptual Introduction (5th ed.). New York : Longman.


Sumber rujukan tambahan

American Psychologikal Association. (2001). Publication Manual of the
American Psychological Association. (5th ed.). Washington, DC: American Psychological Association.
Ahmad Mahzan Ayob. (1983). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala
Lumpur: DBP.
Carver, R.H.& Cash, J.G.(2005).Doing Data Analysis with SPSS. Version
12. Canada: Thomson Learning Inc .
Frank, O.,&Jones R. (1994). Statistics. Prentice
Gay, L.R. (1992). Educational research, competencies for analysis and
application, 4th edition. New York, Macmillan Publishing Company.
Green , S.B.& Salkind , N.J.(2008 ). Using SPSS for Windows and
Macintosh :Analysising and Understanding Data . New Jersey : Prentice Hall .
Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohana Yusoff (2004) . Penyelidikan Sains Sosial . Kuala Lumpur : PTS
Publication and Distributors Sdn.Bhd.
Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial .Petaling Jaya
:Prentice Hall .

4.0        PENDEKATAN PENGAJARAN

Kuliah & Perbincangan
Makmal – dikehendaki membawa laptop masing-masing.

5.0        PENILAIAN

Kerja Kursus:                                                                  60%
         Ujian Pertengahan semester       20%
Proposal Penyelidikan:               20%
         Analisis data                                       10%  
         Pembentangan hasil kajian (oral) 10 %
Ujian akhir                                                            40%
Jumlah:                                                                100%


KETERANGAN LANJUT TENTANG PENILAIAN


  1. Ujian Pertengahan Semester

Ujian Pertengahan semester akan diadakan di Minggu ke 8 pengajian iaitu selepas cuti pertengahan semester. Ujian ini akan menguji kefahaman pelajar tentang konsep-konsep penyeldikan yang telah dipelajari dan mengaplikasinya.


  1. Proposal Penyelidikan

Pelajar dikehendaki menyediakan satu kertas cadangan berhubung kajian yang ingin dijalankan. Setiap kertas cadangan hendaklah mengandungi tajuk yang sesuai*, permasalahan kajian yang menjelaskan tentang objektif dan soalan-soalan kajian, sorotan karya yang mengandungi tidak kurang daripada 10 rujukan (antaranya mesti mengandungi artikel jurnal & buku) hipotesis kajian, persampelan, prosedur kutipan data dan instrumen kajian. Pelajar juga dikehendaki melampirkan salinan artikel dan petikan bab-bab tertentu daripada buku yang dirujuk.

*Untuk semester ini, pemilihan tajuk bagi setiap penyelidikan akan ditentukan oleh pensyarah.  Senarai tajuk akan diberikan kepada pelajar.

  1.  Analisis data

Data yang telah dikutip perlu dimasukkan ke dalam perisian SPSS untuk dianalisis.  Setelah proses memasukkan data dijalankan, pelajar perlu mengirim melalui email setiap data set kepada pensyarah. Output dalam bentuk hard copy juga perlu diserahkan.

  1. Pembentangan hasil kajian
        
Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kajian mereka. Pelajar diberikan masa selama lebihkurang 10-15 minit untuk tujuan ini. Pembentangan akan bermula pada minggu ke 12 mengikut giliran kumpulan masing-masing.    


KEPERLUAN KURSUS


A.           KEHADIRAN
1.    80% kehadiran adalah diwajibkan.  Pelajar perlu menandatangani borang kehadiran setiap kali datang ke kuliah.
2.    Pelajar yang tidak dapat menepati syarat kehadiran 80% akan dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir.
3.    Ketidakhadiran (20%) termasuk
·         Surat cuti daripada doktor
·         Mewakili Universiti untuk aktiviti-aktiviti Universiti
·         Sebab-sebab lain seperti pening kepala/migren, demam dsbnya.

B.           DEADLINE

Setiap tarikh yang diberikan untuk menghantar semua tugasan perlulah diteliti dan diikuti.  Tiada tarikh lanjutan akan dilayan.

C.           PEMBENTANGAN

Setiap kumpulan yang telah diberikan tarikh perlu menyediakan pembentangan mengikut tarikh tersebut.

D.           PENGGUNAAN LAPTOP DAN PERISIAN SPSS


Olehkerana pihak Universiti tidak menyediakan makmal khusus untuk tujuan analisis data, pelajar disarankan untuk membawa laptop masing-masing ke kuliah (atau secara berkongsi dengan seorang pelajar lain) ketika perbincangan tajuk analisis data.  Pelajar juga disarankan memuat turun perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS versi 16 atau terkini) untuk tujuan ini di awal semester.

E.           PLAGIAT (PLAGIARISM)


Adalah menjadi satu tanggung jawab pelajar untuk memastikan polisi plagiarism di KUIN diikuti sepenuhnya.

Plagiarism boleh didefinisikan sebagai:

“Mengambil idea seseorang, atau laporan yang ditulis tanpa memberi sebarang penghargaan (credit) yang sesuai terhadap sumbangan yang diberikan oleh orang itu adalah mencuri hak orang. Kegiatan plagiat melanggar etika penyelidikan.”







Minggu
Tarikh
Topik/ Subtopik
Jam
Nota
1
26 /12
Sesi ‘Ice breaking’ & pengenalan kursus
2
2/1
Pengenalan kepada asas penyelidikan
Definisi penyelidikan
Ciri-ciri penyelidikan
Jenis-jenis penyelidikan
Etika dalam penyelidikan

3

3
9/1
Konsep asas penyelidikan
Pembolehubah
Hipotesis
Definisi konsep
Definisi operational

3

4
16/1
Konsep pengukuran
Tahap-tahap pengukuran

3

5
23/1
Persampelan
1.Persampelan Bukan kebarangakalian
2.Persampelan Kebarangkalian
3

6
30/1
Proses Penyelidikan
Mengenalpasti masalah kajian
Memilih rekabentuk kajian
Mengkaji dan menilai karya
3

7
6/2
Proses Penyeildikan
Memastikan pemboleh ubah kajian
Kerangka teoretikal
Penyediaan proposal kajian

3


11/2- 19/2
Cuti semester


8
20/2
Kaedah pengumpulan data
Kaedah tinjauan/lapangan
Kaedah pemerhatian
3
Ujian Mid-Sem
9
27/2
Kaedah tinjauan
Kaedah eksperimental
Kajian kes
Etnografi
Kajian arkib
Analisis kandungan (content analysis)
Analisis data sekunder
3

10
6/3
Pembentukan instrumen kajian (soal selidik)
Sumber pembentukan
Prinsip penyediaan soalan
Skala soal selidik
Merekod dan mencatat soal selidik

3
Penggunaan laptop
11
13/3
Kesahan dan ketekalan(kebolehpercayaan)
Kesahan (dalaman dan luaran)
Kebolehpercayaan dalam soal selidik – ujian cronbach

3

12
20/3
Analisis dan persembahan data (aplikasi pakej statistik SPSS)
Merekod data
Menginput data ke paparan  SPSS

3
pembentangan
13
27/3
Analisis dan persembahan data
Analisa data deskriptif (peratusan, min, mod, median, khi kuasa dua)
Analisis data inferensi (ujian t, ANOVA, Korelasi)

3
pembentangan
14
3/4
Penyediaan laporan
Gaya persembahan

3

15
8/4-16/4
Minggu ulang kaji



16
17/4 – 5/5
Peperiksaan akhir semester




1 comments:

sandhurstlamonda said...

Wynn and Encore - Las Vegas, NV Jobs - JTM Hub
Find 안양 출장안마 Wynn and 안산 출장샵 Encore jobs on JTM Hub. Encore is a resort, hotel and 거제 출장마사지 casino located on the Las Vegas Strip 나주 출장마사지 in Paradise, 제천 출장샵 Nevada.

Post a Comment