Saturday, January 15, 2011

Salam Perjuangan & Salam Ukhwah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah,kerana masih lagi memberi kesempatan untuk kami(moderator) mewujudkan satu laman blog sebagai medan rujukan dan perbincangan bagi pelajar Syariah Kolej Universiti INSANIAH khususnya dan umum nya pada semua yang bergelar penuntut.

Untuk pengetahuan semua, tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar berkongsi sedikit ilmu,pengalaman dan idea kepada sahabat-sahabat sekalian. Mudah mudahan percambahan pemikiran dan luasnya pengalaman sahabat-sahabat sekalian dapat dikongsikan disini. Apa yang diharapkan adalah blog ini mampu menjadi sebahagian daripada koleksi ilmiah yang mampu memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian walaupun hanya sedikit. Apa yang ingin ditegaskan disini adalah sekiranya apa jua isi kandungan blog ini dilihat menyimpan dari 4 sumber syara' yang tidak disepakati maka sahabat-sahabat sekalian wajiblah menolaknya.Andai ianya bertepatan dengan syara' maka manfaatkanlah. Janganlah melihat kepada siapa yang berkata akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan olehnya. Andai ianya benar menurut pandangan syara' maka benarlah juga menurut pandangan kita.Mudah mudahan Islam menjadi perkara teras dalam kehidupan kita dan segala penyimpangan darinya mampu kita jauhi. Tiada apa yg terbaik melainkan mengikuti semua perintah Allah dan rasulnya tanpa mengurangi dan menambahnya walaupun sedikit.

Insyaallah dari semasa ke semasa kami akan menjanjikan hidangan minda yang cukup lazat untuk minda2 para pengunjung blog ini. Sama2 kita membina generasi mahasiswa yang diredhai Allah SWT. InsyaAllah...
wallahu a'lam..



0 comments:

Post a Comment